Rayuan Siapkan Pembinaan Surau Haji Lateh
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
RAYUAN SUMBANGAN MENYIAPKAN PEMBINAAN SURAU DAN PUSAT MENGAJI
AL-QURAN DI KG. KELUBI LUAR, JITRA KEDAH DENGAN MENYERTAI KEMPEN 'DONATE A BRICK'
Surau dan pusat mengaji al-Quran ini dirancang dibina di atas tanah wakaf arwah Hj. Lateh Din di Kg. Kelubi Luar, Jitra. Tanah wakaf tersebut telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kedah no. pendaftaran: MAIK/WKF/KP/L/173(02) pada 5 Julai 2018 dan mendapat kebenaran pembinaan pada 3 Mac 2023 dengan anggaran kos RM 336,600.00.
Pembinaan ini sepenuhnya
menggunakan dana awam, bermula 1 Ramadhan 1444 (23 Mac 2023) hinggalah 29 Ramadhan 1445 (10 April 2024), pihak pengurusan telah mengumpulkan dana sebanyak RM 183,245.00.
Dana yang telah dibelanjakan sehingga 29 Ramadhan 1445 (10 April 2024) adalah sebanyak RM 180,950.00.
Dana yang masih diperlukan: RM 155,650.00.
Progress Pembinaan
Status Pembinaan (Sehingga 19 April 2024)
|
Justeru, untuk menyiapkan Rumah Allah SWT ini (Aras 2, tempat wuduk dan koridor) kami kini melancarkan:
Kempen 'Donate a Brick'
Tujuan
Kempen untuk mengumpulkan dana infaq RM120,000 bagi menyiapkan Surau Haji Lateh, Kg Kelubi Luar Jitra dalam tempoh 1 tahun.
Kaedah
Kempen memerlukan 100 orang peserta untuk infaq RM1,200 sekaligus atau arahan tetap SI infaq RM100 sebulan selama 12 bulan. (RM100 x 100 peserta x 12 bulan = RM120,000)
Penghargaan
Setiap penama (atau Hamba Allah) akan diletakkan pada dinding '100 Bricks' (bata merah tempat wuduk surau).
Pendaftaran
Peserta boleh daftar dengan mengisi borang infaq di bawah.
Kami merayu kepada tuan/puan untuk membantu menyiapkan Rumah Allah ini agar dapat digunakan sepenuhnya. Aras 2 perlu disiapkan untuk menerima pelajar-pelajar Tahfiz sebagai kediaman mereka, sekaligus dapat menjadi imam, bilal dan mengimarahkan surau ini bersama penduduk kampung.
Semoga sumbangan tuan/puan yang budiman dibalas selayaknya di kampung akhirat. Sebarang pertanyaan atau inginkan lawatan tapak, sila hubungi wakil kami: 012-9319696 (Dr Najahudin).
Akaun Pembinaan Surau Haji Lateh:
Keluarga Haji Lateh & Khalijah Legacy
Maybank: 552068559258