Rayuan Siapkan Pembinaan Surau Haji Lateh

Rayuan Siapkan Pembinaan Surau Haji Lateh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RAYUAN SUMBANGAN MENYIAPKAN PEMBINAAN SURAU DAN PUSAT MENGAJI AL-QURAN DI KG. KELUBI LUAR, JITRA KEDAH DENGAN MENYERTAI KEMPEN 'DONATE A BRICK'


Surau dan pusat mengaji al-Quran ini dirancang dibina di atas tanah wakaf arwah Hj. Lateh Din di Kg. Kelubi Luar, Jitra. Tanah wakaf tersebut telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Kedah no. pendaftaran: MAIK/WKF/KP/L/173(02) pada 5 Julai 2018 dan mendapat kebenaran pembinaan pada 3 Mac 2023 dengan anggaran kos RM 336,600.00




Pembinaan ini sepenuhnya menggunakan dana awam, bermula 1 Ramadhan 1444 (23 Mac 2023) hinggalah 29 Ramadhan 1445 (10 April 2024), pihak pengurusan telah mengumpulkan dana sebanyak RM 183,245.00.


Dana yang telah dibelanjakan sehingga 29 Ramadhan 1445 (10 April 2024) adalah sebanyak RM 180,950.00.

Dana yang masih diperlukan:  RM 155,650.00.


Progress Pembinaan







Status Pembinaan (Sehingga 19 April 2024)


  • Aras 1 (bahagian dalam) telah siap dan digunakan Ramadhan 1445
  • Bumbung telah dipasang 15 Ramadhan 1445
  • PA System telah dipasang pada 27 Ramadhan 1445
  • Aras 2 (kediaman pelajar tahfiz) belum siap
  • Lantai dan pendawaian Aras 2 belum ada
  • Dinding luar dan Aras 2 surau belum diplaster
  • Tangga ke Aras 2, koridor dan longkang belum siap
  • Ruang solat tambahan belum ada bumbung
  • Bilik wuduk dan tandas L dan P belum siap
  • Kipas siling aras 2 dan awning surau belum ada
  • Meter elektrik dan air atas nama surau belum masuk

Justeru, untuk menyiapkan Rumah Allah SWT ini (Aras 2, tempat wuduk dan koridor) kami kini melancarkan:

Kempen 'Donate a Brick'


Tujuan

Kempen untuk mengumpulkan dana infaq RM120,000 bagi menyiapkan Surau Haji Lateh, Kg Kelubi Luar Jitra dalam tempoh 1 tahun.


Kaedah

Kempen memerlukan 100 orang peserta untuk infaq RM1,200 sekaligus atau arahan tetap SI infaq RM100 sebulan selama 12 bulan. (RM100 x 100 peserta x 12 bulan = RM120,000)


Penghargaan

Setiap penama (atau Hamba Allah) akan diletakkan pada dinding '100 Bricks' (bata merah tempat wuduk surau).


Pendaftaran

Peserta boleh daftar dengan mengisi borang infaq di bawah.


Kami merayu kepada tuan/puan untuk membantu menyiapkan Rumah Allah ini agar dapat digunakan sepenuhnya. Aras 2 perlu disiapkan untuk menerima pelajar-pelajar Tahfiz sebagai kediaman mereka, sekaligus dapat menjadi imam, bilal dan mengimarahkan surau ini bersama penduduk kampung.


Semoga sumbangan tuan/puan yang budiman dibalas selayaknya di kampung akhirat. Sebarang pertanyaan atau inginkan lawatan tapak, sila hubungi wakil kami: 012-9319696 (Dr Najahudin).


Akaun Pembinaan Surau Haji Lateh:

Keluarga Haji Lateh & Khalijah Legacy

Maybank: 552068559258


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq Wakaf Pembinaan Surau RM1200 (Kempen Donate a Brick)
Infaq Wakaf Pembinaan Surau RM100 X 12 Bulan (Kempen Donate a Brick)
HABIS STOK
Sumbangan Infaq Sedekah Pembangunan Surau Haji Lateh (Serendah RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Masukkan nama untuk diletakkan pada dinding '100 Bricks'.

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

Dana Pembinaan Surau Haji Lateh
surauhajilateh@gmail.com
+60129319696